Sila click ye sayang.....

Friday, 16 May 2014

Petua Melebatkan Rambut

Menjaga rambut dengan kos rendah
 
     Dulu rambut farah kering sangat-sangat.. keguguran rambut usah cakap la, tiap kali mandi segenggam rambut gugur... apa je laa yang tinggal kat kepala ni.... sedihh..... nak2 lagi time belajar pulak.. stress punca utama rambut gugur.. stress sampai mati urat rambut... stress ni memang bahaya... so girl's lets start! Bagi wanita rambut juga adalah mahkota bagi mereka. Ramai juga di kalangan mengalami masalah rambut nipis. Oleh yang demikian,hari ini ingin berkongsi kepada anda cara-cara melebatkan rambut anda. 

Guna nanas

a) Kisar sebiji nanas hingga menjadi jus.Biarkan semalaman,barulah lumur di rambut selama 15-30 minit. Cuba amalkan tiga kali seminggu. 

Daun Rambutan
b) Bersihkan beberapa helai daun rambutan muda,ramas ke dalam semangkuk air.Biarkan sehingga lendirnya keluar.Kemudian sapukan pada rambut dan biarkan lebih kurang 20 minit.Bersihkan rambut dengan air sejuk.Amalkan dua hari sekali. 

c) Ramas daun bunga raya dalam air bersama beberapa helai daun pandan.Sapukan di kepala seperti menggunakan syampu.Bilas dengan air bersih.Lakukan seminggu sekali. 

d) Lumurkan minyak yang dimasak sendiri pada rambut / kulit kepala ataupun jika tiada,bolehlah gantikan dengan santan segar.Satu lagi cara ialah goreng tanpa minyak beberapa biji buah keras.Setelah cukup garing,sejukkan dan kisar halus.Gaul dengan minyak zaitun dan simpan sebagai tonik rambut.Sapukan pada seluruh kepala,biarkan semalaman dan bilas.

e) Tumbukkan beberapa helai daun pandan sehingga hancur.Kemudian,masukkan sedikit air dan perah.Sediakan semangkuk santan dan campurkan dengan pandan tadi.Kacau rata dan simpan semalaman.Keesokan harinya,sapukan bahan tadi pada rambut dan biar selama setengah jam.Bilas rambut dan lihat hasilnya dalam beberapa minggu.


Cuba anda amalkan semua petua tradisional di atas supaya anda dapat memiliki rambut yang lebatPetua-petua di atas amatlah murah dan tidak memerlukan modal yang besar. InshaAllah setelah anda amalkan semua petua-petua tradisional di atas anda akan dapati rambut anda akan lebat dan berkilau-kilau.

No comments:

Post a Comment