Sila click ye sayang.....

Friday, 16 May 2014

Petua Melebatkan Rambut

Menjaga rambut dengan kos rendah
 
     Dulu rambut farah kering sangat-sangat.. keguguran rambut usah cakap la, tiap kali mandi segenggam rambut gugur... apa je laa yang tinggal kat kepala ni.... sedihh..... nak2 lagi time belajar pulak.. stress punca utama rambut gugur.. stress sampai mati urat rambut... stress ni memang bahaya... so girl's lets start! Bagi wanita rambut juga adalah mahkota bagi mereka. Ramai juga di kalangan mengalami masalah rambut nipis. Oleh yang demikian,hari ini ingin berkongsi kepada anda cara-cara melebatkan rambut anda. 

Guna nanas

a) Kisar sebiji nanas hingga menjadi jus.Biarkan semalaman,barulah lumur di rambut selama 15-30 minit. Cuba amalkan tiga kali seminggu. 

Daun Rambutan
b) Bersihkan beberapa helai daun rambutan muda,ramas ke dalam semangkuk air.Biarkan sehingga lendirnya keluar.Kemudian sapukan pada rambut dan biarkan lebih kurang 20 minit.Bersihkan rambut dengan air sejuk.Amalkan dua hari sekali. 

c) Ramas daun bunga raya dalam air bersama beberapa helai daun pandan.Sapukan di kepala seperti menggunakan syampu.Bilas dengan air bersih.Lakukan seminggu sekali. 

d) Lumurkan minyak yang dimasak sendiri pada rambut / kulit kepala ataupun jika tiada,bolehlah gantikan dengan santan segar.Satu lagi cara ialah goreng tanpa minyak beberapa biji buah keras.Setelah cukup garing,sejukkan dan kisar halus.Gaul dengan minyak zaitun dan simpan sebagai tonik rambut.Sapukan pada seluruh kepala,biarkan semalaman dan bilas.

e) Tumbukkan beberapa helai daun pandan sehingga hancur.Kemudian,masukkan sedikit air dan perah.Sediakan semangkuk santan dan campurkan dengan pandan tadi.Kacau rata dan simpan semalaman.Keesokan harinya,sapukan bahan tadi pada rambut dan biar selama setengah jam.Bilas rambut dan lihat hasilnya dalam beberapa minggu.


Cuba anda amalkan semua petua tradisional di atas supaya anda dapat memiliki rambut yang lebatPetua-petua di atas amatlah murah dan tidak memerlukan modal yang besar. InshaAllah setelah anda amalkan semua petua-petua tradisional di atas anda akan dapati rambut anda akan lebat dan berkilau-kilau.

Khasiat Tembikai Susu

5 Khasiat Tembikai Susu 

 http://www.naturalhealthmag.com/sites/naturalhealthmag.com/files/imagecache/node_page_image/recipe_images/2788_0.gif
Jus Tembikai Susu

Tembikai Susu

 
Tembikai Susu atau honeydew merupakan sejenis buah-buahan yang berasal dari Afrika Tengah. Ia berwarna putih dan manis. Buahnya berongga dan mempunyai banyak biji di dalamnya. Pokoknya menjalar seperti tembikai.
 
Terdapat sekurang-kurangnya 2 jenis utama tembikai sus, yang bewarna kuning pucat dan kuning. Buahnya berat dan banyak kandungan air. Isinya berbau harum dan amat manis apabila betul-betul masak. Tembikai susu yang di blend dengan susu adalah minuman kesukaan kita. Sedap sangat. Pada sapa yang tak pernah cuba, you all should. Guarantee sedap!!!

Khasiat Tembikai Susu

Selain daripada rasanya yang sedap, tembikai susu ni juga mempunyai banyak khasiat dari segi kesihatan. Antaranya seperti berikut:
1. Baik Untuk Kulit

Tembikai susu kaya dengan Vitamin A, B Komplek dan C yang menjadikan ia makanan paling sesuai untuk menjaga kesihatan kulit dan saraf. Amalan memakan tembikai susu pada setiap hari akan menghasilkan kulit yang bersih dan sihat.


 
2. Menghindarkan Barah

Kajian menunjukkan tembikai susu mengandungi carotenoid, salah satu daripada zat-zat makanan yang boleh menghindarkan barah. Pengambilan tembikai susu dapat memberi perlindungan daripada barah tujuh kali lebih baik daripada pemakanan yang yang mengandungi kandungan karotena yang rendah.

 
3. Menurunkan Berat Badan

Bagi mereka yang berhasrat untuk menurunkan berat badan, tembikai susu adalah antara makanan yang sesuai diamalkan pada setiap hari kerana ia mempunyai kandungan air dan serat yang tinggi manakala kalorinya rendah.

4. Mengawal Tekanan Darah

Tembikai susu adalah sangat berkesan untuk menangani masalah darah tinggi kerana tembikai susu mengandungi potassium. Pottasium mampu mengawal paras darah yang sihat dalam tubuh badan.

5. Merawat Penyakit Hepatatis

Tembikai susu adalah antara ramuan utama yang sangat popular dalam dunia perubatan Cina untuk merawat penyakit hepatitis. Di Filifina pula ianya digunakan sebagai ramuan utama untuk merawat mereka yang menghadapi masalah pengaliran darah haid yang tidak lancar manakala di India ianya digunakan untuk mengubati kebengkakan dan ketumbuhan.

Monday, 28 April 2014

first entry~

assalamualaikum..dan salam sejahtera. apa khabar semua? moga sihat-sihat hendaknya.... ini merupakan entry pertama..kali pertama hasil kan blog.. kali pertama menge'pos' di blog.. masih belajar lagi.. masih mencuba jaya... masih terpinga-pinga untuk menggunakan tools2 yang ada untukmenghasilkan sebuah blog yang menarik dan yang boleh memberi manfaat kepada semua dari segi pembelajaran... kecantikan.... toturial... insyallah....