meetmeChicerfarah

Struggling to be a good Teacher. The only profession where you steal things from home and bring them to work.

Sila click ye sayang.....

Pages

  • Home
  • rph
  • nota
  • Toturial
  • Diari

Diari

Apa itu kesabaran?





     Memupuk kesabaran dalam diri adalah hal yang amat sukar untuk dibina tp amat indah jika kita memilikinya... ada orang kata 'kesabaran ada hadnya'... siapa yang meletakkan had tu? macam mana nak ukur had kesabaran tu? bagaimana?


     Dalam hidup ni macam-macam ragam manusia yang akan kita ketemui... nak-nak lagi di usia 20-an ni zaman merangka sahsiah diri... mengenal diri.. dah sibuk2 nak cari pasangan hidup.. mengenali pelbagai jenis pesen manusia dari rambut lebat ke botak, dari rambut panjang menjeler ke tiada rambut. dari pendek ke tinggi lampai.. dari warna kulit koko ke warna putih pucat, dari kurus ke cute miut..latar sosial juga berbeza2..sudahlah  berbeza dari segi fizikal apatah lagi dari segi rohaninya... sedangkan kita dalam adik beradik yang keluar dari perut ibu yang sama, ayah yang sama pun masing2 berlainan citarasa dan perangai ni kan pulak kawan-kawan........ yap di usia ni aku akui bahawa makin rumit mengenal siapa itu sahabat... walaubagaimanapun.. melalui pengalaman banyak mengajar aku erti kesabaran dan tabah dalam mengharungi liku-liku hidup yang tiada penghujungnya melainkan ajal menjemputku pulang..........

    Memaafkan itu mudah... untuk melupakan itu sukar... kata orang ingat sebagai pengajaran.. bukan sabagai bahan mengungkit... helah bela diri.. yap.. rasanya semua orang menipu atau bercakap ayat manis hanya kerana mereka ingin bela diri atau nak selamatkan hubungan dengan menidakkan pekara yang benar... mungkin niat utk menjaga hati... satu penipuan demi satu penipuan untuk menutup penipuan yang telah di lakukan.... lumrah manusia kini.... walaupun perit.. ku telan jua.... walaupun ku tahu kebenarannya.. ku tutup mata agar ku tidak melatah utk melakukan hal yang sama... kerana aku tahu betapa sakitnya apa yang ku rasa... siapa kita utk membalas?..... apapun ingin ku ucap terima kasih kerana mengajar aku erti kesabaran dan ketabahan... dan aku sangat berharap agar kau menjadi seorang yang lebih matang dan berfikiran jauh... apakah keseronokkan yang kau temui ini akan kekal sampai bila2?... Ya Allah... sekiranya aku kehilangan arah tujuanku, lemah dan jatuh, berilah aku kekuatan, titipkan lah aku sedikit ketabahan, keyakinan bahawa takdirMu adalah lebih baik dari apa yang aku impikan dan mimpikan.

Ya Allah,
Berikan aku HATI yang JERNIH,
Agar aku selalu BERSYUKUR di atas Kekurangan yang aku MILIKI,
Agar aku MERASA CUKUP dalam KEKURANGAN ini,
Ajarkan aku erti REDHA dan IKHLAS 
Agar aku TIDAK MENGELUH ketika
KEBAHAGIAANKU TIDAK LAGI SEMPURNA.


“Allah tidak membebani seseorg itu melainkn sesuai 
dengan kesanggupanya”
“janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, 
padahal kamulah org2 yang paling tinggin darjatnya,
 jika kamu org2 yg beriman.”
surah Al-Imran ayat 139
Setiap hambanya diuji dengan pelbagai dugaan,pelbagai kesedihan,kesakitan..dengan harapan moga kita kembali kepadanya..
dugaan besar mahupun kecil..adalah nikmat buat 
mereka yang menikmati dugaan itu..
“bawalah daku kembali kepada jalan mu......kuatkan lah diri 
hambamu yang kedil ini..jauhi daku 
dari kesedihan ini 
berpanjangan agar daku mampu 
mencapai redha mu Ya Allah..”aminn..

Farah Elriani
Farah Elriani



15.5.2014


Assalamualaikum.... kisah hari ni kami sekelas Semester 7 telah sepakat untuk berekreasi sebagai acara akhir buat kami untuk sem ini.. Kalau ikotkan macam-macam cadangan keluar dari tahun lepas lagi.. ada yang nak pi cameron, pi langkawi, pi thailand.. pi bali... pi pulau... kesudahannya kami cuma ke Tok Bali... jimat kos hambe.. huhu.... sedang tiada kewangan ni.. alhamdulillah ada je rezeki datang mana2.. syukur sangat....







Di sebabkan perancangan yang 'last minute' jadi macam2 la hal yang berlaku pagi ni... hari ni ada 3 orang yang tak pergi.. total kami ahli kelas seramai 21orang.. 10 perempuan dan 11 lelaki....3 orang xdapat datang sebab hal masing2 yang tak dapat dielakkan...  kalau ikotkan setiap sem kami buat aktiviti rekreasi. Ye la kene la buat, sbb asyik duduk dalam kelas je.. lepas tu kalau gaduh-gaduh dalam kelas tu biasa laa... masing2 dah besar.. mana boleh kene arah.. mudah melenting.. gitu.. so bila ada aktiviti macam ni , masa ni la nk luah perasaan... nak minta maaf.. kosong-kosong semula... huhu... mcm kanak-kanak sangat.. tp aku rasa moment2 macam ni la akan aku kenang dan boleh share ngn orang lain...
      Semasa perjalanan pergi tadi.. banyak sangat orang jual buah tembikai merah dan tembikai susu... disebabkan cuaca yang panas terik, terlintas di hati nak beli tembikai susu. jadi berhentilah beli... alhamdulillah murah rezeki harini bli dua biji buah dapat 1 biji buah free.... moga tuan kedai buah tembikai tu murah rezeki. amin......... :) Masa perjalanan nak sampai tu jugak la budak2 ni nak tukar plan nak ke lata belatan... berkali-kali terima panggilan.. kemudian masalah bila konvoi ramai-ramai ni, adalah yang bawak laju, tercicir kawan-kawan kat belakang yang tak tau jalan, lepastu pi isi minyak... untuk menenangkan kekalutann kak dyla dengan menggunakan kuasa vetonya memutuskan utk pergi ke tok bali dan menolak segala bantahan dan cadangan.. huhu.. kakak yang tegas walaupun ayat dia lembut dan memujuk.... :)
aktiviti kami harini adalah seperti berikut.. 
  1. ice breaking
  2. masak ayam bbq, sosej, bebola udang dan makan
  3. buat trademark kumpulan
  4. bergu
  5. masukkan air dalam botol
  6. bola beracun
  7. prediction 


 
     Sampai je kat lokasi, ya Allah.. indahnya ciptaanMu... cantik n bersih sangat-sangat.. dah la takda ramai orang.... serius cantik.. boleh la korang pergi.. kalau dari bachok tu atas lagi,, sebelum naik jambatan belah kiri ada simpang tulins signboard 'sejahtera cash n carry' ok masuk je lorong tu.... nampak pantai yang kebiru-biruan dan jernih.. pasih pon lembut.. bersih je.. jauh la beza dengan Pantai Cahaya Bulan tu (PCB)....  bulan 6 tahun ni 3 orang ahli kelas kami akan mendirikan rumah tangga.. alhamdulillah.. awal sampai jodoh korang.. Tahniah buat Shafiq, Azreen dan Farah Wahidah..selamat pengantin baru.... :)  sorryla gambar blur.. front camera la katakan.. :).. Insyallah kita jumpa lagi lepas ni jika umur panjang.. amin.. semoga persahabatan ini tidak mati di sini walaupun nnt kita akan terpisah setelah 5tahun setengah bersama dalam satu kelas....
Pantai Tok Bali






Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Home
Subscribe to: Posts (Atom)

About Me

Unknown
View my complete profile

Blog Archive

  • April (1)
  • May (2)

Hye stalker...

Search This Blog

Picture Window theme. Theme images by Ollustrator. Powered by Blogger.